PEGAWAI Kastam Amerika Syarikat (AS) telah merampas hampir empat tan dadah jenis marijuana bernilai $2.3juta yang disembunyikan dalam bungkusan kargo yang mengandungi cili.
Seekor anjing pengesan memberi petunjuk kepada pegawai penghantaran cili di San Diego di sempadan Mexico pada Khamis lepas, kata Kastam dan Perlindungan Sempadan.
Kenyataan itu berkata, seorang lelaki Mexico berusia 37 tahun memasuki pelabuhan dengan kargo membawa muatan cili.
Pegawai di kilang kargo Otay Mesa mendapati terdapat 314 bungkusan dadah seberat 7,560 pound (3.4 tan metrik) bercampur cili di dalam muatan berkenaan.
Pengarah Otay Messa Port Rosa Hernandez berkata, pihaknya berbangga kerana pegawai berjaya merampas sejumlah ganja berkenaan.
Ia adalah rampasan terbesar kedua di kawasan itu. – AFP, 19 Ogos, 2018.
Komen