Perbicaraan 1MDB ditunda ke Isnin depan


Bede Hong Timothy Achariam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 26 Ogos Isnin depan sebagai permulaan bagi perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Ogos, 2019.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah menetapkan 26 Ogos Isnin depan sebagai permulaan bagi perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun ada permintaan untuk menangguhkan prosiding daripada pihak pendakwa raya dan pertahanan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata, beliau akan mendengar hujah untuk perbicaraan yang bermula pada 3 September seperti yang dicadangkan oleh peguam kanan Gopal Sri Ram semasa pengurusan kes pada Khamis.

Hakim memberitahu peguambela yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah bahawa beliau lebih suka mulakan perbicaraan pada Isnin dan akan membenarkan penangguhan untuk membenarkan pasukan undang-undang Najib meneliti dokumen.

“Perbicaraan akan bermula pada Isnin…Jika anda masih perlukan masa, saya bersedia untuk menimbangkannya.

“Jumpa awak pada Khamis,” katanya.  – 19 Ogos, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen