SAMAN terhadap ketua hakim negara kerana gagal menangani dakwaan salah laku kehakiman hanya boleh ditarik semula selepas dua perkara berkaitan ditangani pada akhir bulan ini, kata peguam Sangeet Kaur Deo.
Sangeet berkata, apa-apa keputusan kehakiman di masa hadapan untuk menyiasat tuduhan salah laku kehakiman yang dibuat oleh hakim Mahkamah Rayuan perlu menunggu sehingga pendengaran permohonan untuk campur tangan oleh peguam Haniff Khatri Abdulla pada 29 Ogos diatur.
Haniff mahu campur tangan dalam permohonan untuk ketua hakim bagi mengosongkan afidavit yang difailkan oleh Hakim Hamid Sultan Abu Backer yang juga dijangka didengar pada hari sama.
Hamid mendakwa rasuah yang berleluasa dalam badan kehakiman dalam afidavit yang difailkan pada 14 Februari sebagai menyokong permohonan Sangeet untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti institusi itu dalam dua kejadian dakwaan gangguan kehakiman.
Richard Malanjum merupakan ketua hakim negara ketika tuntutan difailkan dan beliau bersara pada 13 April lepas.
Sangeet kini berusaha menarik semula samannya selepas berbincang dengan Ketua Hakim Tengku Maimun Tuan Mat yang baru-baru ini mengambil satu lagi laluan undang-undang bagi menangani dakwaan salah laku kehakiman.
Dalam permohonan Haniff yang difailkan bulan lepas peguam itu berkata, beliau ingin melihat konflik dalam badan kehakiman diselesaikan.
Mengenai sama ada perkara itu akan menjejaskan pembentukan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mengkaji salah laku kehakiman yang dipersetujui oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada Februari lalu Sangeet berkata, beliau tidak “sesuai” untuk memberi komen. – 20 Ogos, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen