Kapal tangki Iran tinggalkan Gibraltar


Kapal Grace 1 ditahan kerana disyaki menghantar minyak mentah ke Syria dan ia melanggar sekatan yang dikuat kuasa Kesatuan Eropah. – Gambar AFP, 19 Ogos, 2019.

KAPAL tangki Iran yang menjadi pertikaian diplomatik meninggalkan Gibraltar pada petang Ahad selepas wilayah luar negeri Britain itu menolak permintaan Amerika untuk merampas kapal itu.

Menurut laman web pemantau Trafik Marin, kapal tangki yang ditahan sejak 4 Julai itu meninggalkan pantai Gibraltar pada petang Ahad dan mula berlayar ke selatan.

Pihak berkuasa di Gibraltar belum mengesahkan pelepasan itu. – AFP, 19 Ogos, 2019.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen