SEORANG lelaki ditangkap di Alps Perancis pada Ahad selepas polis menemui mayat isterinya disumbat dalam beg pakaian di dalam but kereta dengan dua anak mereka duduk di bahagian belakang, kata sumber yang hampir dengan kes itu.
Polis yang bertindak selepas menerima maklumat, mengeluarkan amaran penangkapan lelaki itu, yang merupakan warga Perancis dan diketahui mempunyai rekod jenayah. Beliau ditahan di Doussard di wilayah timur Haute Savoie.
Kedua-dua kanak-kanak berumur enam dan tujuh tahun itu berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan, tambah sumber itu.
Keluarga yang tinggal di Perancis itu, dalam perjalanan pulang dari Itali, kata laporan dalam akhbar Parisien.
Polis melancarkan penyiasatan bagi pembunuhan itu. Bagaimanapun, pihak pendakwa raya daerah di Annecy enggan membuat sebarang komen setakat ini ketika dihubungi. – AFP, 19 Ogos, 2019.
Komen