TENTERA laut Libya menyelamatkan lebih 300 migran dalam operasi berasingan di persisiran laut negara itu dalam tempoh seminggu.
Kesemua migran itu cuba menyeberangi laut Mediterranean ke Eropah dengan menggunakan bot kayu.
Hanya satu mangsa ditemukan lemas dalam operasi tersebut.
Sembilan kanak-kanak antara 57 migran dalam sebuah bot kayu yang diselamatkan kira-kira 40 batu nautika dari pekan Zuwara, barat Tripoli hari ini.
Kesemua migran itu berasal dari Ethiopia dan Mesir.
Selasa lalu, tentera laut Libya menyelamatkan 278 migran dalam empat bot getah di dua lokasi berasingan.
Daripada jumlah itu, 128 migran merupakan rakyat Sudan manakala selebihnya dari Chad, Mesir, Niger, Benin dan Eritrea.
Antara yang diselamatkan termasuk 35 wanita dan 11 kanak-kanak.
Walaupun berisiko, migran terus cuba memasuki Eropah menggunakan laluan laut dan tidak mahu mengambil peluang untuk kekal di Libya. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen