EMPAT orang maut dan sembilan mangsa lagi cedera akibat diserang seorang pesakit hospital psikiatri, lapor akhbar Romania hari ini.
Laporan itu berkata wanita berusia 38 tahun itu yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa di Sopaca, timur laut Bucharest, menyerbu masuk bilik rawatan dan menyerang pesakit lain menggunakan besi.
Tiga mangsa lain mengalami cedera di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi mati di hospital.
Antara sembilan mangsa yang cedera diserang, dua daripadanya berada dalam keadaan koma.
“Semuanya berlaku dalam masa kurang seminit,” kata pengarah hospital Viorica Mihalascu.
“Pesakit itu dimasukkan dengan tahap pemantauan normal dan tiada simptom yang menunjukkan dia akan menjadi ganas,” katanya.
Bagaimanapun laporan itu tidak menyebut nasib pesakit wanita yang melakukan serangan tersebut. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen