LAPAN orang cedera dalam tunjuk perasaan di bandar utama Kashmir sehingga memaksa pihak berkuasa menguatkuasakan semula larangan bagi mengekang keganasan yang lebih teruk.
Ketegangan masih tinggi di wilayah bergolak itu susulan keputusan India menarik semula hak status semi autonomi wilayah itu pada 5 Ogos lalu.
Pihak berkuasa kemudiannya menarik semula larangan secara berperingkat dan membuka semula komunikasi sejak dua minggu lalu.
Namun pertempuran di puluhan lokasi di sekitar Srinagar pada Sabtu menyaksikan sekatan dikenakan semula di beberapa lokasi.
Pihak berkuasa seblum ini menafikan laporan bahawa berlaku keganasan di wilayah itu.
Jurucakap kerajaan Jammu dan Kashimir berkata lapan orang cedera dalam pertempuran tetapi beliau tidak memberi butiran lanjut.
Di bandar Jammu yang dikuasai India, pihak berkuasa menyekat perkhidmatan Internet dan memberi amaran kepada penduduk agar tidak menyebarkan mesej atau video yang tersebar.
Tentera India dalam pada itu mengesahkan bahawa seorang askarnya maut dalam kejadian berbalas tembakan di sempadan Pakistan semalam. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen