TENTERA Israel menembak mati tiga penduduk Palestin sebagai membalas serangan roket dari Gaza hari ini.
Rejim Zionis menggunakan kereta kebal dan helikopter untuk menyerang kedudukan pejuang Hamas yang didakwa melancarkan roket ke selatan Israel semalam.
Serangan itu berlaku di kawasan sempadan Gaza-Israel yang menyaksikan ketegangan semakin memuncah sejak beberapa minggu lalu.
Dua daripada tiga serangan roket dari Gaza dipintas sistem pertahanan Israel manakala yang ketika dipercayai menyebabkan enam pendatang haram Yahudi cedera.
Roket ketiga dipercaya mengenai sebuah rumah di pekan Sderot, selatan Israel.
Kementerian Kesihatan Palestin berkata tiga mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mahmoud al-Walayda, 24, Mohammed Abu Namus, 27, dan Mohammed Samir al-Taramsi, 26.
Seorang lagi mangsa cedera dalam serangan di utara Beit Lahia dan kini mendapatkan rawatan di hospital.
Beberapa siri serangan di sempadan Gaza sejak beberapa hari lalu dikhuatiri akan menjejaskan perjanjian damai antara Hamas dan Israel yang sebelum ini terlibat dalam beberapa peperangan. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen