3 maut dalam rusuhan perlawanan bola sepak di Honduras


Kira-kira 10,000 penyokong cedera ketika mereka cuba untuk keluar dari stadium selain terpaksa berdepan gas pemedih mata oleh polis di luar stadium. – Gambar EPA, 18 Ogos, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA tiga terbunuh dan tujuh cedera dalam rusuhan antara peminat bola sepak menjelang pertandingan kebangsaan di Honduras malam semalam.

Penyokong Olimpia dan pasukan Motagua merosakkan luar Stadium Nasional di ibu negara Tegucigalpa.

Jurucakap Hospital Escuela Julieth Chavarria memberitahu AFP bahawa tujuh orang telah dimasukkan ke hospital di mana tiga daripada mereka terbunuh dan empat lagi masih dirawat di wad kecemasan.

Presiden Kelab Pedro Atala berkata, rusuhan itu dipercayai bermula ketika sebuah bas membawa pemain Motagua diserang menyebabkan tiga pemain cedera.

Emilio Izaguirre, Jonathan Rougier, and Roberto Moreira telah dibawa untuk menerima rawatan di hospital.

Berikutan kejadian itu, perlawanan bola sepak berkenaan digantung oleh Liga Bola Sepak Kebangsaan.

Kira-kira 10,000 penyokong cedera ketika mereka cuba untuk keluar dari stadium selain terpaksa berdepan gas pemedih mata oleh polis di luar stadium.

Penyokong mempunyai harapan yang tinggi untuk perlawanan itu – konfrontasi pertama antara Vasquez dan jurulatih baharu Olympia Pedro Troglio tetapi polis menyatakan perlawanan itu berisiko tinggi dan mengerahkan kira-kira 5,000 pegawai berkawal di dalam dan di luar stadium.

The Ultra Faithful, sayap penyokong Olympia yang terkenal dengan taktik ganas mereka juga dilarang memasuki stadium. – AFP, 18 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen