SEKURANG-KURANGNYA tujuh orang maut selepas hujan lebat melanda Sudan menyebabkan berlaku banjir besar di negara itu.
“Tujuh rakyat terbunuh, dua cedera dan 10 buah kampung dilanda banjir di negeri Jazira,” kata SUNA.
Hujan lebat yang melanda sebahagian Sudan selama beberapa hari itu turut memusnahkan beratus-ratus rumah di ibu negara Khartoum.
Sekurang-kurangnya enam yang lain terbunuh sepanjang beberapa minggu lalu di Jazira dan di wilayah barat Darfur di mana beribu-ribu orang juga terjejas akibat banjir. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen