GAZA melancarkan tiga roket ke selatan Israel malam tadi yang merupakan serangan kedua dalam tempoh 24 jam.
Dalam satu kenyataan, tiga roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke wilayah Israel.
“Dua peluru dipintas oleh sistem pertahanan udara besi Dome,” katanya.
Tiada kematian dilaporkan tetapi polis mengatakan serpihan roket jatuh ke sebuah rumah di bandar selatan Sderot.
Kenyataan tentera Israel tidak mengatakan apa yang berlaku kepada roket ketiga.
Roket jatuh di kawasan tidak berpenghuni.
Siren serbuan udara telah berbunyi di Sderot dan sekitarnya.
Jurucakap tentera yang dihubungi AFP tidak dapat mengesahkan sama ada suspek ada terkena serpihan letupan dan pihak berkuasa Palestin juga tidak dapat mengesahkan berlakunya apa-apa kecederaan.
Serangan melanda pos pemerhatian Hamas di Beit Hanoun di utara Jalur Gaza dan sasaran tidak dikenal pasti di Bandar Gaza serta kawasan terbuka berhampiran Deir El Balah di bahagian tengah wilayah itu.
Kenyataan tentera Israel menyebut hanya dua serangan melanda “sasaran bawah tanah milik organisasi pengganas Hamas di utara dan tengah Gaza”.
Tetapi kenyataan itu tidak menyatakannnya secara terperinci.
Israel dan Hamas – kumpulan Islam yang mengendalikan wilayan Palestin serta Gaza – telah bertempur tiga perang sejak 2008. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen