MENTERI Pakatan Harapan dibidas pada perhimpunan anti-Lynas di Kuantan hari ini kerana membenarkan loji memproses nadir bumi itu meneruskan operasi di Malaysia.
“Kita perlu mengenal pasti menteri yang menyokong tempoh lanjutan itu,” kata Setiausaha Otai Reformis Abdul Razak Ismail sempena protes yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan hari ini.
“Kebanyakan mereka menandatangani petisyen untuk memnghentikan Lynas pada 2012. Tetapi sekarang apabila menjadi menteri, mereka mungkiri janji,” kata Abdul Razak.
Beliau berkata, kerajaan baharu tidak patut menyalahkan pendahulunya mengenai kontroversi Lynas.
“Mereka adalah kerajaan kini dan mereka ada kuasa untuk hentikan Lynas. Berhenti salahkan Barisan Nasional,” tambahnya.
Beliau turut mengkritik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamarudin dan Menteri Industri Utama Teresa Kok kerana menyokong Lynas.

“Jika sisa buangan itu selamat, mengapa tidak pindahkan ke kawasannya di Ampang? Mengapa cari tempat di Pahang?
Zuraida pada Jumaat lalu berkata, kementeriannya sedang bekerjasama dengan kerajaan negeri Pulau Pinang bagi mencari lokasi sesuai untuk Kemudahan Tapak Pelupusan Kekal (PDF) bagi sisa buangan yang mempunyai tahap radioaktif rendah.
Abdul Razak turut mengkritik kenyataan Teresa Kok bahawa tempoh selama enam bulan cukup untu Lynas bina kemudahan PDF baharu.
“Lynas sudah diberi masa lapan tahun untuk bina PDF. Ia masih belum siap. Jadi, apa jaminan mereka akan bina dalam tempoh enam bulan?”
Pada Khamis, kerajaan mengumumkan lesen operasi Lynas dilanjutkan selama enam bulan.
Antara syarat yang dikenakan terhadap kilang nadir bumi itu ialah pemindahan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF). – 18 Ogos, 2019.
Komen