AKTIVIS demokrasi Hong Kong berharap untuk mengumpulkan orang ramai dalam jumlah yang besar pada perhimpunan berikutan bantahan mereka masih tidak didengar walaupun mendapat ancaman daripada Beijing.
Protes yang berlarutan sejak 10 minggu lalu itu menyebabkan hab kewangan antarabangsa itu berdepan krisis dan kerajaan China mengambil langkah tergas termasuk melabel tindakan penunjuk perasaan “seperti pengganas”.
Pertempuran tercetus antara polis dan penunjuk perasaan tegar tetapi pergerakan itu telah memenangi beberapa konsesi dari Beijing atau kepimpinan yang tidak dipilih.
Pada Selasa, penunjuk perasaan bertindak menghalang penumpang daripada menaiki pesawat di lapangan terbang bandar itu dan kemudian menyerang dua lelaki dituduh sebagai perisik China.
Tindakan itu mencemarkan imej dan merosakkan kempen yang hingga kini hanya mensasarkan anggota polis dan institusi kerajaan, serta menyebabkan pihak berkuasa mula memburu penunjuk perasaan.
Alat propaganda China turut dirampas dalam keganasan itu, dengan media di negara berkenaan menyiarkan artikel, gambar dan video yang membahayakan.
Media berkenaan turut memaparkan imej anggota tentera dan kereta perisai melintasi sempadan di Shenzhen, mendorong Amerika Syarikat untuk memberi amaran kepada Beijing berubung tindakan menghantar tentera, yang mana menurut penganalisis, ia akan menjadi bencana reputasi dan ekonomi bagi China.
Selepas kekecohan di lapangan terbang pada Selasa, beberapa kumpulan penunjuk perasaan meminta maaf dan berjanji akan mengadakan perhimpunan besar pada hari Ahad. – AFP, 18 Ogos, 2019.
Komen