Pemberontak Yaman serang kilang gas Arab Saudi


PEMBERONTAK Yaman mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan dan mengakibatkan sebuah kilang gas Arab Saudi terbakar pada Sabtu.

Syarikat tenaga, Saudi Aramco berkata serangan itu berlaku di kemudahan kilang gas di Shaybah tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporan akibat insiden itu.

Kata syarikat itu operasi kilang berkenaan juga tidak terjejas kerana pasukan tindak balas berjaya memadamkan kebakaran dengan pantas.

Pemberontak Houthi dari Yaman sering melancakran serangan misil dan dron ke atas pangkalan udaran Saudi dan kemudahan lain sejak beberapa bulan lalu.

Serangan itu merupakan tindakan balas dendam terhadap penglibatan Saudi dalam perang di Yaman.

Awal hari ini, pemberontak itu mengeluarkan kenyataan mendakwa melancarkan serangan besar-besaran menggunakan 10 dron ke atas sebuah kilang gas Saudi.

Jurucakap pemberontak itu berkata mereka mahu melancarkan serangan yang lebih besar dan dahsyat terhadap Arab Saudi.

Riyadh dalam kenyataannya mengutuk keras serangan itu yang disifatkan akan menjejaskan ekonomi dunia.  – AFP,  17 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen