GARA-GARA sandwich, seorang pelayan restoran di ibu negara Perancis ditembak mati pelanggannya yang marah kerana terlalu lama menunggu hidangan itu.
Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Noisy-le-Grand, timur Paris, malam semalam.
Rakan mangsa menghubungi polis selepas penyerang menembak mati kawannya menggunakan pistol.
Usaha untuk menyelamatkan mangsa berusia 28 tahun itu gagal dan dia meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, penyerang tiba-tiba naik angin kerana mangsa tidak menyediakan sandwich yang dipesannya dengan cepat.
Penyerang itu bagaimanapun melarikan diri dari tempat kejadian selepas melepaskan tembakan.
Polis membuka kertas siasatan berhubung kes bunuh itu. – AFP, 17 Ogos, 2019.
Komen