Pakistan terima baik keputusan PBB bincang isu Kashmir


Kashmir terpisah kepada dua wilayah sejak India dan Pakistan memperoleh kemerdekaan, dan telah mencetuskan dua perang besar antara kedua-dua negara. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2019.

PAKISTAN mengalu-alukan keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membincangkan ketegangan wilayah di Kashmir, sehari selepas India membidas keputusan itu.

Ketegangan di wilayah itu meningkat sejak India menarik balik sebahagian hak automoni Kashmir, sekali gus mencetuskan gesaan dari Pakistan yang mahu masyarakat antarabangsa untuk campur tangan dalam isu itu.

“Saya mengalu-alukan keputusan PBB untuk membincagkan situasi serius di Kashmir dan Jammu,” tulis Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dalam Twiiternya.

“Mmebangkitkan isu penderitaan penduduk Kashmir dan memastikan resolusi di wilayah itu adalah tanggungjawab badan dunia ini,” katanya

India sentiasa mendakwa bahawa isu Kashmir hanya boleh diselesaikan secara dua hala dan New Delhi membidas tindakan Imran mengadakan perbincangan dengan Majlis Keselamatan PBB di New York semalam.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendesak agar kedua-dua negara berkuasa nuklear itu kembali ke meja rundingan.

Kashmir terpisah kepada dua wilayah sejak India dan Pakistan memperoleh kemerdekaan, dan telah mencetuskan dua perang besar antara kedua-dua negara.

Awal tahun ini, India dan Pakistan hampir terlibat dalam konflik peperangan selepas sekumpulan militan menyerang wilayah Kashmir yang dikuasai India. – AFP,  17 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen