Lapan terkorban dalam kebakaran hotel di Ukraine


Perkhidmatan kecemasan berkata dalam satu kenyataan bahawa lapan orang mati sementara sepuluh lagi cedera dalam kebakaran tersebut. – Gambar AFP, 17 Ogos, 2019.

LAPAN orang terbunuh dan sepuluh lagi cedera dalam kebakaran hotel di bandar pelabuhan Ukraine, Odessa pada awal hari ini, kata perkhidmatan kecemasan negara itu.

Kebakaran meletus pada 1.34 pagi di hotel Tokyo Star di selatan bandar itu.

Sejumlah 65 anggota bomba yang disokong 13 kenderaan kecemasan berjaya memadamkan api pada 4.32 pagi waktu tempatan.

Perkhidmatan kecemasan berkata dalam satu kenyataan bahawa lapan orang mati sementara sepuluh lagi cedera dalam kebakaran tersebut.

Odessa adalah pelabuhan Laut Hitam yang terletak 475 kilometer di selatan Kiev. Bandar tepi pantai itu juga turut menarik pelancong musim panas berkunjung menghabiskan percutian mereka. – AFP, 17 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen