DONALD Trump mengatakan bahawa syarikat gergasi teknologi maklumat Apple akan membelanjakan wang dengan “jumlah yang besar” di Amerika Syarikat dalam sebuah hantaran Twitter pada hari Jumaat.
Pengumuman itu susulan makan malam beliau bersama Ketua Pengarah Eksekutif Apple Tim Cook.
Beberapa orang wakil syarikat tersebut dan Trump sebelum ini telah mengadakan perbincangan secara tidak rasmi sebelum ini, termasuk di Bedminster, New Jersey, sewaktu Trump menghabiskan cutinya di padang golf milik beliau.
“Makan malam bersama Tim Cook dari Apple, mereka akan banyak wang untuk AS!” tulis beliau dalam hantaran Twitter sekitar pukul 7 malam waktu tempatan.
Mesyuarat itu adalah rentetan pengumuman Apple pada hari Khamis bahawa ia telah melabur kira-kira AS$60 bilion di AS, dan kini memiliki kira-kira 90,000 pekerja di negara itu.
Kebanyakan produk syarikat teknologi gergasi itu dipasang di China dan syarikat itu adalah antara pihak yang tarif yang bakal dilaksanakan di mana 10 peratus daripada barangan yang dihasilkan di China akan dikenakan tarif tersebut, ia dijadualkan akan berkuat kuasa pada 1 September.
Trump sebelum ini dilaporkan menolak gesaan Apple untuk produknya dikecualikan daripada tarif tersebut, dengan mengatakan pada bulan Julai melalui Twitter, “Pasang mereka di Amerika Syarikat, Tiada Tarif!”
Tetapi pentadbirannya mengumumkan pada hari Khamis bahawa tarif terhadap beberapa barangan akan ditangguhkan sehingga Disember.
Apple bagaimanapun tidak segera memberi komen berhubung majlis makan malam itu, sementara Trump dilihat tidak lagi menghantar ciapan berhubung pertemuan itu, atau apa yang dibincangkan mereka.
Presiden AS itu sekali lagi menjadi kontroversi apabaila pada bulan Mac ketika beliau merujuk Cook sebagai “Tim Apple”.
Trump kemudiannya mendakwa bahawa nama itu memang disengajakan dan bagi langkah “menjimatkan masa”.– 17 Ogos, 2019.
Komen