Mariam, si anak dugong Thailand mati, perutnya dipenuhi plastik


Mariam terdampar di perairan cetek di Thailand beberapa bulan lepas dan gambarnya berseronok bersama-sama penyelamat jadi tular. – Gambar AFP, 17 Ogos, 2019.

SEEKOR anak dugong yang pemulihannya menambat hati ramai rakyat Thailand dan mencetuskan minat terhadap penjagaan laut mati kerana jangkitan disebabkan plastik dalam perutnya, kata pegawai hari ini.

Mariam terdampar di perairan cetek di Thailand beberapa bulan lepas dan gambarnya berseronok bersama-sama penyelamat jadi tular.

Penemuan itu turut melibatkan seekor lagi anak dugong yatim piaitu yang mendapat perhatian puteri Thai- yang dinamakan Jamil- dan tumpuan penuh diberikan kepada pemulihan kedua-duanya.

Tetapi, Mariam mati tengah malam semalam dan usaha menyelamatkannya gagal, kata Chaiyapruk Werawong, ketua taman laut Thailand kepada AFP.

“Dia mati kerana jangkitan darah dan najis dalam perut,” katanya, menambah, mereka menemui plastik dalam ususnya.

Bedah siasat mendapati plastik itu menyekat perut binatang itu, menyebabkan jantian, tulis seorang doktor haiwan, Nantarika Chansue di Facebook.

“Kami hanya sempat merawat sebahagian jangkitan di sistem pernafasannya tetapi sekatan sampah plastik tidak boleh diselamatkan,” katanya, menyifatkan kematian itu satu pengajaran.

“Ia mengajar kita bagaimana untuk mencintai dan kemudiannya meninggal dunia seolah-olah berkata tolong jaga yang lain selepas ini dalam selamatkan spesies kami.”

Dugong adalah hidupan laut terbaru menjadi tumpuan media Thailand, yang lautnya dipenuhi sisa plastik yang mengancam mereka.

Kedua-dua anak dugong itu ditemui di selatan Thailand, rumah kepada hampir 250 dugong, yang disifatkan sedang terancam kepupusan.

Jamil, yang bermaksud “putera laut yang kacak” dijaga secara berasingan di Phuket.

Kematian Mariam juga diumumkan akaun Facebook Jabatan Sumber Laut dan Perairan.

Ia pantas tular dan mendapat 11,000 perkongsian dan komen. – AFP, 17 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen