India bidas campur tangan antarabangsa di Kashmir


Penunjuk perasaan bertempur dengan pihak polis ketika cuba berarak ke pusat bandar di Srinagar, Kashmir dalam usaha mereka untuk memecahkan sekatan oleh kerajaan India. – Gambar EPA, 17 Ogos, 2019.

RATUSAN penunjuk perasaan bertempur dengan polis di wilayah Kashmir yang ditadbir India pada Jumaat selepas kemarahan New Delhi pada mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) iaitu yang pertama sejak 50 tahun.

Ketegangan semakin memuncak apabila India pada awal bulan ini memecahkan sebahagian daripada Kashmir yang didakwa di bawah kawalan autonominya, mencetuskan gesaan campur tangan masyarakat antarabangsa oleh Pakistan dalam isu yang berlarutan sejak berdekad lalu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menggesa kedua-dua negara kuasa nuklear itu untuk kembali ke menja rundingan, dan meyakinkan Perdana Mentri Pakistan Imran Khan mengenai kepentingan untuk “mengurangkan ketegangan”.

Namun Duta India ke PBB, Syed Akbaruddin menyatakan kegusaran berhubung campur tangan atau cadangan pihak luar.

“Kita tidak memerlukan campur tangan antarabangsa yang cuba untuk mengajar cara kita hidup. Kita ada jutaan rakyat,” katanya selepas rundingan yang diminta oleh Pakistan dan China.

Pada awal Ogos, India bertindak menamatkan status autonomi Kashmir, meningkatkan kawalan ketat dan memutuskan akses internet dan talian telefon.

Kashmir telah berpecah antara India dan Pakistan sejak merdeka daripada Britain pada 1047, dan mencetuskan dua peperangan besar serta pertempuran antara dua negara itu.

Di Srinagar, Kashmir yang ditadbir oleh India, polis menembak gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan penduduk yang cuba berarak ke jalan utama selepas solat Jumaat.

Penunjuk perasaan itu turut melontarkan batu serta menggunakan gerai serta kepingan logam untuk dijadikan perisai ketika polis melepaskan tembakan. Tiada kecederaan dilaporkan.

“Kami cuba memecahkan sekatan itu dan berarak ke pusat bandar namu polis menggunakan kekerasan terhadap kami, kata seorang penunjuk perasaan kepada AFP.  – AFP, 17 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen