ADIK kepada pemimpin Taliban merupakan antara empat yang terbunuh dalam letupan bom di sebuah masjid di barat daya Pakistan pada Jumaat, menurut laporan pegawai tentera Pakistan dan sumber kumpulan berkenaan kepada AFP.
Taliban bagaimana pun masih belum mengeluarkan kenyataan, namun kenyatan tidak rasmi tersebar dalam kalangan anggota kumpulan itu dan dilihat oleh AFP mengesahkan dakwaan berkenaan.
Insiden letupan itu berlaku ketika proses rundingan antara kumpulan berkenaan dan Washington bagi menamatkan perang Amerika di Afghanistan dipercayai sedang berlangsung.
Ketua polis wilayah berkenaan Mohsin Hassan Butt berkata, letupan itu yang merupakan keganasan terbaharu di wilayah Balochan, berpunca daripada bahan letupan yang diaktifkan dari jauh menggunakan alat kawalan di bandar Kuchlak.
“Jumlah kematian adalah empat orang dan 23 lagi cedera,” kata pegawai kanan polis Abdul Razzaq Cheema kepada AFP.
Sementara itu pegawai kanan kerajaan di Balochistan mengesahkan Ahmadullah Azkhundzada yang merupakan adik kepada pemimpin Taliban Haibatullah Akhundzada, merupakan antara yang terkorban.
“Adalah disahkan mangsa berkenaan adalah adik kepada Haibatullah,” katanya kepada AFP dan enggan identitinya didedahkan kerana beliau tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.
Dalam pada itu, dua sumber Taliban—seorang di bandar Quetta, Balochistan dan seorang lagi di Chaman, berhampiran sempadan Afghanistan juga berkata Ahmadullah telah terbunuh.
“Letupa itu berlaku ketika Hafiz Ahmadullah sedang membacakan khutbah. Hazif Ahmadullah terbunuh,” kata salah seorang daripada mereka.
Senarai mangsa yang mati dan cedera yang dikeluarkan Hospital Sandeman juga terdapat nama “Hamdullah anak kepada Maulvi Mohammad Khan”.
Pakar Taliban, Rahimullah Yusufzai berkata, masjid berkenaan bersambung dengan sebuah madrasah yang diuruskan oleh pemimpin Taliban, Haibatullah.
“Selepas menjadi ketua, beliau meninggalkan tempat itu,” kata Yusufzai kepada AFP.
“Adik lelakinya yang menguruskan madrasah berkenaan. Setakat yang kami tahu beliau sudah terbunuh.” – AFP, 17 Ogos, 2019.
Komen