Pegawai agensi anti rasuah Thailand dituduh sembunyi aset 


SEORANG pegawai kanan agensi anti rasuah di Thailand dituduh menyembunyikan aset bernilai berjuta dolar termasuk sebuah pangsapuri mewah di London.

Timbalan Setiausaha Anti Rasuah Kebangsaan (NACC) Thailand Prayat Puangjumpa mempunyai beberapa aset tidak diisytiharkan di bawah nama isterinya, termasuk pangsapuri di Kensington di London.

“Dia berniat tidak mahu menyembunyikan enam aset milik isterinya,” kata jurucakap NACC Worawit Sukboon semalam.

Mengikut siasatan selama sembilan bulan, aset selebihnya bernilai AS$400,000. NACC juga berkata ia akan memohon peguam negara mendakwa Prayat.

Prayat memberitahu media tempatan tuduhan tersebut adalah salah faham kerana pangsapuri itu milik orang lain. – AFP, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen