Bakar manifesto Pakatan tak selesai isu Lynas, kata PM


Noel Achariam

Isu Lynas perlu ditangani dengan cara yang lebih munasabah, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 16 Ogos, 2019.

RANCANGAN untuk membakar manifesto Pakatan Harapan (PH) pada himpunan anti Lynas hujung minggu ini tidak akan membawa sebarang penyelesaian, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

“Mereka boleh bakar manifesto tetapi kita masih perlu tangani dengan cara yang lebih munasabah.

“Bakar manifesto tak selesaikan apa-apa, hanya akan buat orang lagi marah,” kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia di Sepang hari ini.

Himpunan di Kuantan pada Ahad ini dilaporkan akan diakhiri dengan membakar manifesto PH sebagai tanda kemarahan dan bantahan terhadap kerajaan kerana gagal menunaikan janji ke arah pembangunan yang mampan.

Pengerusi kumpulan anti Lynas, Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet menuduh PH melanggar Janji 39 yang terkandung dalam manifestonya iaitu mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar.

Semalam Putrajaya mengumumkan lesen operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Pahang akan dilanjutkan untuk enam bulandengan beberapa syarat utama. – 16 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen