Trump cadang AS beli Greenland, kata laporan


The Wall Street Journal pada Khamis melaporkan Presiden AS Donald Trump menyuarakan minat ke atas pulau sebahagian daripada wilayah Denmark yang kebanyakannya diselaputi ais itu. – Gambar EPA, 16 Ogos, 2019.

PRESIDEN Donald Trump meminta pandangan penasihat cadangannya supaya Amerika Syarikat (AS) membeli Greenland, kata laporan.

Laporan The Wall Street Journal (WSJ) pada Khamis menyebut Trump menyuarakan minat ke atas pulau sebahagian daripada wilayah Denmark yang kebanyakannya diselaputi ais itu.

Akhbar itu memetik sumber berkata Trump telah meminta pandangan dari para penasihatnya mengenai perkara itu.

Presiden AS itu berminat dengan sumber semulajadi dan geopolitik berkaitan, kata WSJ.

Greenland yang diberi kuasa pemerintahan sendiri mempunyai hampir 57,000 penduduk kebanyakannya masyarakat Inuit.

Setakat ini White House belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi dan kedutaan Denmark di Washington juga masih belum memberi respons.

Beberapa penasihat Trump berkata cadangan Trump itu mungkin baik untuk AS, manakala sebahagian lagi berpendapat ia hanya “minat sementara” dari presiden itu, kata WSJ.

Sejak beberapa dekad lalu, AS menempatkan pangkalan tenteranya, Thule Air Base di Greenland. – AFP, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen