Banjir kilat ragut 46 nyawa di Sudan


Sekurang-kurangnya 46 maut di seluruh Sudan dalam tempoh dua minggu lepas akibat banjir kilat. – Gambar fail AFP, 16 Ogos, 2019.

BANJIR kilat akibat hujan lebat meragut sekurang-kurangnya 46 nyawa di seluruh Sudan dalam tempoh dua minggu lepas, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan seorang pegawai kesihatan.

Penolong Setiausaha Kementerian Kesihatan Suleiman Abdel Jabbar berkata hujan dan banjir telah menjejaskan 16 daripada 18 negeri di Sudan.

Kira-kira 9,260 kediaman terjejas dan 595 daripada jumlah itu runtuh sepenuhnya, katanya. – Bernama, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen