Korea Utara lancar 2 'projektil tidak dikenali', kata Seoul 


Projektil berkenaan dilancarkan dari kawasan berhampiran bandar Tongchon di Wilayah Kangwon ke Laut Jepun.– Gambar EPA, 16 Ogos, 2019.

KOREA Utara melancarkan dua “projektil tidak dikenali” ke laut pada Jumaat, kata Ketua Turus Tentera Korea Selatan—berhubung siri terbaharu pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang.

Menurut tentera Korea Selatan, projektil berkenaan dilancarkan dari kawasan berhampiran bandar Tongchon di Wilayah Kangwon ke Laut Timur, yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

“Pihak tentera masih memantau situasi ini sekiranya terdapat pelancaran tambahan dan mengambil langkah berjaga-jaga,” kata JCS.

Ia merupakan pelancaran keenam sejak bulan lalu, yang mana ia disifatkan oleh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sebagai “tanda amaran” berhubung kerjasama ketenteraan AS-Korea Selatan yang bermula awal bulan ini.

Korea Utara sentiasa marah dengan latihan perang dan menyifatkan ia sebagai latihan untuk pencerobohan. – AFP, 16 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen