LEBIH 500 anggota bomba dikerah memadam kebakaran hutan yang memusnahkan 900 hektar pokok pain di selatan Perancis.
Kebakaran yang berlaku petang semalam di Aude tenggara bandar Carcassonne di kawasan hutan yang diklasifikasikan berisiko tinggi untuk terbakar akibat kemarau baru-baru ini.
Komander Bomba Aude, Philippe Fabre berkata tiupan angin berkelajuan 40 kilometer sejam menyebabkan kebakaran cepat merebak tetapi tidak mengancam rumah penduduk.
“Tiada bangunan yang musnah dan tidak ada penduduk yang cedera,” katanya.
Pegawai bomba berusaha memadam api dari merebak ke kampung berhampiran.
Bomba turut berkata, mereka bercadang menjatuhkan bom air di kawasan kebakaran. – AFP, 15 Ogos, 2019.
Komen