Kemahiran insaniah masih penting dalam era revolusi industri 4.0


Sheridan Mahavera

Ahli panel yang terlibat dalam perbincangan Graduate Reading vs Industry's Advancement Towards IR 4.0 di INTI International University Subang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 15 Ogos, 2019.

KEPIMPINAN, kreativiti dan penyelesaian masalah antara kemahiran yang diperlukan majikan di tempat kerja di masa hadapan walaupun Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) giat digunakan.

Eksekutif kanan firma peringkat tertinggi memberitahu dalam ceramah awam mengenai IR4.0 hari ini bahawa kemahiran insaniah penting untuk graduan universiti mendapatkan pekerjaan walaupun kini terdapat lebih banyak penekanan pada teknologi komunikasi maklumat (ICT).

Pengarah Eksekutif Modal Insan PwC Salika Suksuwan berkata, walaupun penggunaan kecerdasan buatan dan robot lebih tinggi di tempat kerja, manusia masih perlu menguruskan dan mengendali alatan ini.

“Kepimpinan, kesesuaian dan kreativiti masih menjadi kemahiran penting bagi kami,” katanya.

“Kami beritahu bakat kami bahawa mereka perlu memahami dan menggunakan robot tetapi tidak boleh jadi seperti mereka,” katanya kepada pelajar, pensyarah dan pentadbir Inti International University Subang.

Salika adalah sebahagian daripada ahli panel yang terlibat pada program yang diadakan di Kampus INTI di Subang Jaya, Selangor.

Antara ahli panel terlibat adalah Ketua Inovasi Maybank Amran Hassan, Ketua Unit Penyelidikan Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) Wong Chan Wai, Ketua Pegawai Eksekutif INTI Tan Lin Nah dan IDC Jensen Ooi. – 15 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen