Tentera Afghanistan bunuh 11 militan


Tentera Afghanistan telah membunuh 11 pejuang Taliban dan memusnahkan dua peti senjata kumpulan militan bersenjata itu dalam satu serbuan di timur wilayah Logar. – Gambar EPA, 15 Ogos, 2019.

TENTERA Afghanistan telah membunuh 11 pejuang Taliban dan memusnahkan dua peti senjata kumpulan militan bersenjata itu dalam satu serbuan di timur wilayah Logar dalam tempoh 24 jam lepas, lapor agensi berita China Xinhua.

Kenyataan tentera yang dikeluarkan hari ini menyebut operasi itu meliputi daerah bergolak Charkh dan akan diteruskan sehingga kawasan itu bebas daripada pemberontak.

Militan Taliban yang aktif di beberapa bahagian dalam wilayah Logar belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. – Bernama, 14 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen