SEBUAH pesawat Airbus Rusia yang membawa lebih 230 penumpang terpaksa membuat pendaratan cemas di ladang jagung di pinggir Moscow hari ini selepas dirempuh sekumpulan burung, kata pihak berkuasa.
Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.
Agensi pengangkutan udara Rosaviatsia dalam satu kenyataan berkata Ural Airlines A321 membawa 226 penumpang dan tujuh anak kapal dalam penerbangan dari lapangan terbang Zhkovsky Moscow ke Simferol Crimea.
Sekumpulan burut itu dikatakan merempuh sebaik sahaja pesawat berlepas menyebabkan kerosakan pada enjin dan memaksa juruterbang membuat pendaratan cemas.
Menurut Rosaviatsia pesawat itu mendarat di atas ladang jagung kira-kira satu kilometer dari landasan dengan keadaan enjin dimatikan dan tayar pesawat sempat dikeluarkan ketika mendarat.
Semua penumpang berjaya dikeluarkan daripada pesawat dengan beberapa penumpang dibawa ke hospital dan selebihnya kembali ke lapangan terbang.
Menurut kementerian kesihatan 23 orang dimasukkan ke hospital termasuk sembilan kanak-kanak tetapi tidak ada penumpang yang mengalami kecederaan teruk. – AFP, 15 Ogos, 2019.
Komen