PERJANJIAN antara Amerika Syarikat da Turki untuk menubuhkan zon selamat di barat laut Syria akan dilaksanakan secara berperingkat, dengan beberapa operasi akan dimulakan tidak lama lagi, kata jurucakap Pentagon pada Rabu.
“Kita sedang melihat pilihan untuk Pusat Koordinasi Bersama dengan rakan tentera Turki, kata jurucakap Jabatan Pertahanan AS, Komander Sean Robertson kepada AFP.
“Mekanisme keselamatan akan dilaksanakan secara berperingkat. Amerika Syarikat kini mula melaksanakan beberapa aktiviti dengan cepat ketika rundingan dengan Turki diteruskan,” kata Robertson.
Menurut syarat ditetapkan dalam perjanjian antara Ankara dan Washington yang dicapai minggu lalu, pihak berkuasa akan menggunakan pusat koordinasi, yang terletak di Turki untuk menguruskan zon keselamatan di utara Syria.
Matlamat penubuhan zon berkenaan adalah bagi mewujudkan penampan antara sempadan Turki dan kawasan yang dikuasai Unit Perlindungan Rakyat Kurdish—yang disokong AS namun diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas oleh Turki.
Namun kawalan Ankara ke atas zon berkenaan dibantah secara terbuka oleh jeneral bersara Joseph Botel, yang merupakan bekas ketua tentera AS di Timur Tengah.
Dalam satu ruangan pendapat yand disiarkan laman web The National Interest, Votel yang mengetuai pusat pemerintah tentera AS sehingga Mac lalu, memberi amaran bahawa, beliau berpendapat zon keselamatan Syaria yang dikawal Turki akan “mewujudkan lebih banyak masalah kepada pihak yang terlibat.”
“Zon keselamatan biasanya diwujudkan untuk melindungi orang awam di zon konflik dan biasanya direka untuk menjadi neutral, bebas tentera dan memfokuskan kepada hal kemanusiaan,” tulisnya dalam artikel berkenaan. – AFP, 15 Ogos, 2019.
Komen