Mexico, AS tukar maklumat tembakan rambang El Paso


Kejadian tembakan rambang di El Paso, Texas awal bulan ini meragut 22 nyawa, lapan daripadanya adaah rakyat Mexico. – Gambar AFP, 14 Ogos, 2019.

MEXICO semalam berkata mereka akan bertukar maklumat dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai kejadian tembakan rambang di El Paso, Texas awal bulan ini yang meragut 22 nyawa.

Lapan rakyat Mexico antara yang terbunuh dalam kejadian bermotifkan perkauman di bandar di sempadan dua negara itu pada 3 Ogos lalu.

“Kedua-dua kerajaan setuju untuk saling bertukar maklumat siasatan, mengikut peraturan negara masing-masing,” menurut kenyataan kementerian luar Mexico selepas pertemuan antara wakil kedua-dua negara.

Kementerian itu berkata ia memaklumkan pegawai AS mengenai kejadian tembakan tersebut dan hubungan pelaku dengan ketuanan kulit putih (white supremacy).

Menteri Luar Mexico Marcelo Ebrard mengutuk serangan tersebut dan menyifatkan ia tindakan keganasan terhadap rakyat negaranya. – AFP, 14 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen