INDIA hari ini mengeluarkan amaran baharu banjir di beberapa bahagian di selatan Kerala dengan angka korban mencecah sekurang-kurangnya 244 orang.
Penduduk tempatan diberi amaran hujan lebat dijangka sehingga 48 jam di beberapa wilayah yang terjejas teruk.
Hujan lebat turun di empat negeri iaitu Kerala, Karnataka, Maharashtra dan Gujarat hingga memaksa lebih 1.2 juta orang berpindah ke kem-kem perlindungan kerajaan.
Kerala paling teruk dilanda banjir tahun lepas, terburuk dalam tempoh sedekad di mana seramai 450 orang maut. Negeri itu masih lagi dalam proses pemulihan dari bencana besar termasuk membina semula jalan raya dan landasan kereta api. – AFP, 14 Ogos, 2019.
Komen