PESO Argentina jatuh teruk berbanding dolar semalam manakala pasaran saham pulih apabila ekonomi ketiga terbesar di Amerika Syarikat terus memuncak berikutan kekalahan pemilihan Presiden Mauricio Macri.
Mata wang yang mencatatkan 18.76% pada Isnin ditutup 1.77% lebih awal semalam selepas Bank Pusat campur tangan untuk mengelak berlaku penurunan lebih besar berikutan kerugian lebih 3% pada tengah hari.
Peso diperdagangkan pada 58.33 peso kepada dolar berbanding 57.30 pada Isnin.
Pasaran saham meningkat semula 10% semalam selepas hilang 38% pada Isnin.
Indeks Saham Merval Buenos Aires ditutup 10.22%, memulihkan beberapa kerugian yang berlaku selepas kekalahan Macri menjelang pemilihan Oktober.
Macri berdepan tamparan hebat dalam usahanya untuk dipilih semula apabila dia mengutip 15 mata kurang daripada calon presiden kiri Alberto Fernandez pada pemilihan utama Ahad lalu.
Populariti Macri menurun sejak krisis mata wang tahun lepas apabila peso hilang separuh nilainya terhadap dolar.
Argentina kini berada dalam kemelesetan ekonomi dan mencatatkan inflasi 22% untuk separuh pertama tahun ini – salah satu daripada kadar tertinggi di dunia.
Kemelesetan ekonomi menyebabkan 32% penduduk terjejas.
Disokong oleh Tabung Kewangan Antarabangsa, Macri telah memulakan pelan penjimatan yang tidak popular dalam kalangan rakyat Argentina yang merasakan kuasa membeli mereka disekat. – AFP, 14 Ogos, 2019.
Komen