Isu Lynas, adakah kerajaan akan kotakan janjinya?


Chan Kok Leong

UNTUK kali kedua dalam beberapa minggu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad perlu menentukan sama ada kerajaan bersedia untuk memenuhi satu janji manifesto atau mengambil risiko dengan mengetepikan pengundi Pakatan Harapan.

Isunya ialah sama ada untuk menghentikan operasi kilang nadir bumi Lynas Corp di Gebeng berhampiran Kuantan atau sekurang-sekurangnya tidak menyambung lesen operasi yang akan tamat pada 2 September ini.

Ia sehingga pelombong Australia menyediakan pelan tindakan untuk pelupusan sisa buangan radioaktif rendah yang dihasilkan dari kilang pembersihannya keluar dari Malaysia.

Janji untuk menamatkan operasi Lynas tersenarai dalam senarai manifesto PH yang ke-39 menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Ini adalah u-turn yang tidak dapat diterima dan akan mencerminkan keupayaan kerajaan baharu untuk mengotakan janji-janjinya,” kata Ahli Parlimen Bentong Wong Tack yang lantang mengkritik Lynas.

Ahli Parlimen berusia 60 tahun dari DAP itu berkata, isu Lynas lebih serius daripada masalah khat yang timbul minggu lalu.

Walaupun Lynas Advanced Material Plant (LAMP) terletak 200 kilometer (km) dari kawasang Wong di Bentong, pengasas Himpunan Hijau itu berkata sukar untuk mencari siapa yang mahu kilang itu terus beroperasi.

“Pengundi saya tak mengadu secara langsung tetapi di mana-mana saya pergi, mereka beritahu sama ada telah tandatangani petisyen ‘Stop Lynas’ atau menyertai Green Walk,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Wong telah menentang Lynas sejak ia beroperasi pada akhir 2012.

Pada November tahun sama, beliau mengetuai sekumpulan 70 aktivis dalam Himpunan Hijau dalam perjalanan sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur untuk membantah operasi kilang berkenaan.

Seramai kira-kira 20,000 orang menyertai himpunan berkenaan yang akhirnya berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Wong yang kini sinonim dengan kempen anti-Lynas juga menjalankan kempen selama 36 hari dari 24 Ogos hingga 2 September 2013 di Dataran Merdeka bagi mengumpul tandatandangan petisyen “Bury Lynas”.

“Kami selesai dengan kira-kira 1.2 juta tandatangan

“Saya tak sangka akan berjuang selama tujuh tahun untuk isu sama walaupun selepas memenangi Putranya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bentong. – 14 Ogos, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen