SEKURANG-kuramng 40 orang meninggal dunia dalam akibat wabak denggi terbesar yang pernah berlaku di Bangladesh, kata pihak berkuasa negara itu.
Hospital-hospital turut dilaporkan dipenuhi ribuan pesakit yang diserang wabak itu.
Wabak yang berpunca daripada virus bawaan nyamuk itu boleh mengakibatkan simptom demam dan boleh menyebabkan kematian kerana ia boleh membawa kenaikan suhu badan melampau. Wabak itu biasa menyerang di kawasan Asia Tenggara ketika musim monsoon antara Jun sehingga September.
Lebih dari 44,000 orang dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu sejak Januari tahun ini, termasuk 2,100 pada hari Isnin lalu, kata Kementerian Kesihatan Bangladesh menerusi jurucakapnya, Ayesha Akhter.
“Kami mengesahkan 40 kematian akibat denggi pada hari Isnin,” kata beliau.
Local media put the number much higher, reporting that the death toll passed 100 last week.Media tempatan bahkan meletakkan angka yang tinggi berhubung kematian itu dengan melaporkan lebih 100 kematian berlaku pada minggu lalu.
Cuti seminggu susulan perayaan Aidil Adha menyaksikan ratusan ribu orang keluar dari bandar-bandar Bangladesh untuk pulang ke kampung, menyebabkan kebimbangan penyakit itu tular dengan lebih cepat.
Menteri kesihatan memberitahu wabak itu mula berkurangan selepas wad kecemasan denggi dirasmikan di hospital kerajaan di Dhaka minggu ini.
Ini adalah kejadian pertama cuti bagi pekerja kesihatan terpaksa membatalkan percutian ekoran krisis penyakit tersebut, kata pengarah kementerian kesihatan Abul Kalam Azad.
“Semakin tukar untuk semua berhadapan dengan setuasi tekanan kerja yang melambak akibat wabak ini,” kata seorang pegawai kesihatan. – AFP, 13 Ogos, 2019.
Komen