Mayat pembelot Korea Utara dan anak lelakinya di sebuah pangsapuri, kata polis Seoul hari ini. Menurut media tempatan, mereka berdua mati akibat kelaparan.
Mayat wanita yang hanya dikenali sebagai Han dan anak lelakinya yang berusia enam tahun itu ditemui pada 31 Julai, kira-kira dua bulan selepas kematian mereka, kata pihak berkuasa.
“Kami tidak menemui sebarang tanda bunuh diri atau pembunuhan,” kata seorang pegawai di Pejabat Polis Gwanak di Seoul.
“Kami sedang menunggu laporan bedah siasat dari Perkhidmatan Forensik Kebangsaan.”
Pembelot Korea Utara di Seoul layak menerima subsidi kerajaan. Bagaimanapun, mereka bergelut untuk bercampur dengan masyarakat di Korea Selatan yang jauh berbeza dari Korea Utara.
Han, dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an, mengeluarkan 3,858 won (AS$3.16) dari akaun banknya dua bulan lepas, lapor akhbar Dong-A Ilbo.
Akhbar itu melaporkan sewa rumah dan bil lain tertunggak lebih setahun dan tiada peti sejuk di rumahnya kosong ketika mayat dua beranak itu ditemui.
Laporan itu juga menyebut Han lari ke Korea Selatan menerusi China dan Thailand pada 2009. Dia kemudian berkahwin dengan lelaki Korea-China dan kemudian berhijrah ke China. Han kembali ke Seoul bersama anaknya tahun lepas selepas bercerai dan dilaporkan sukar mendapat pekerjaan.
Bagaimanapun, polis enggan mengesahkan laporan Dong-A Ilbo.
Data kerajaan pada tahun lepas menunjukkan pembelot Korea Utara lebih ramai membunuh diri sebanyak tiga kali ganda berbanding rakyat Korea Selatan. Ini disebabkan masalah trauma, rasa terasing dan masalah kewangan. – AFP, 13 Ogos, 2019.
Komen