BEKAS presiden Kyrgyzstan Almazbek Atambayev rancang untuk mengguling kerajaan sebelum ditahan, kata kementerian keselamatan negara itu hari ini.
Atambayev yang ditahan minggu lepas merupakan presiden dari 2011 hingga 2017. Penahanannya dibimbangi membawa kepada kegawatan politik baharu di Kyrgyzstan.
Beliau ditahan pada Khamis lepas selepas usaha untuk menahannya sehari sebelum itu mencetus pertempuran antara penyokongnya dengan pihak berkuasa.
“Dia masukan pertumpahan darah. Dia merancang ramapsan kuasa,” kata ketua Perkhidmatan Keselamatan Negara (GKNB) Orozbek Opumbayev pada satu sidang medai di Bishkek.
Ketua jabatan siasatan negara itu berkata Atambayev juga akan disiasat kerana menganjur cubaan bunuh selepas beliau dan penyokong menggunakan senjata ketika pertempuran dengan pihak berkuasa. Seorang pegawai terbunuh dalam insiden itu, manakala 130 orang cedera.
“Atambayev disyaki menggunakan kekerasan terhadap pegawai kerajaan, menganjur rusuhan dan cubaan membunuh,” kata Zamir Beishekeev.
Dua revolusi berlaku di Kyrgyzstan dalam tempoh kurang dua dekad. – AFP, 13 Ogos, 2019.
Komen