FBI serbu rumah Epstein di Caribbean


Jutawan Jeffrey Epstein membunuh diri ketika dalam tahanan di pusat tahanan Metropolitan di Manhattan. – Gambar AFP, 13 Ogos, 2019.

FBI menyerbu pulau persendirian milik Jeffrey Epstein di Caribbean semalam, lapor media, dua hari selepas siasatan dibuka terhadap kes bunuh diri jutawan itu yang didakwa atas tuduhan pemerdagangan seks.

Epstein, pedofilia yang pernah disabitkan bersalah, berteman rapat dengan ramai ahli politik dan selebriti selama ini, ditemui mati di sel penjaranya pada Sabtu ketika menantu perbicaraan terhadap tuduhan memperdagangkan perempuan bawah umur untuk tujuan seks.

FBI kini menyiasat bagaimana Epstein boleh membunuh dirinya dalam tahanan yang tahap keselamatannya tinggi, hanya beberapa minggu sebelum itu dia dilaporkan melakukan cubaan membunuh diri.

NBC News melaporkan beberapa ejen persekutuan menggeledah rumah mewah Epstein di Little St. James, di kepulauan Virgin di Amerika Syarikat, pagi semalam.

Dua pegawai kanan penguat kuasa kemudian mengesahkan serbuan itu.

Serbuan itu dibuat susulan Peguam Negara Bill Barr berkata ada sesuatu yang tidak kena di pusat tahanan Metropolitan di Manhattan di mana Epstein, 66, membunuhd iri.

Epstein didakwa satu pertuduhan pemerdagangan kanak-kanak bawah umur dan satu lagi tuduhan konspirasi melakukan pemedagangan seks untuk kanak-kanak bawah umur. Dia berdepan hukuman penjara 45 tahun jika disabitkan.

Kematian Epstein sehari selepas mahkamah mendedahkan dokumen di mana salah satu mangsanya berkata dia dipaksa melakukan seks dengan Putera Andrew dari Britain dan beberapa ahli politik terkenal AS dan personaliti perniagaan. – AFP, 13 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen