OPERASI di lapangan terbang Hong Kong kembali semula awal pagi ini, kata pihak berkuasa dengan penerbangan dijangka mula mendarat dan berlepas dalam tempoh beberapa jam lagi, selepas penunjuk perasaan menutup hab perjalanan itu.
“Semua pendaftaran masuk mula dibuka semula,” kata jurucakap lapangan terbang.
Papan status penerbangan di dewan pelepasan menunjukkan beberapa penerbangan disenaraikan sebagai “akan berlepas” dengan beberapa waktu berlepas turut disenaraikan. – AFP, 13 Ogos, 2019.
Komen