Suspek pengganas masjid Norway direman


Lelaki itu, yang dikenali sebagai Philip Manshaus, berusia 21 tahun, muncul di mahkamah Oslo dengan dua matanya lebam dan luka di wajah, leher dan tangan, yang dipercayai diperoleh ketika dia dijatuhkan di masjid. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2019.

SEORANG lelaki Norway yang disyaki membunuh saudara tirinya dan melepaskan tembakan di sebuah masjid berhampiran Oslo direman dalam tahanan hari ini.

Suspek yang disyaki membunuh dan melakukan tindakan ganas hadir di mahkamah dalam keadaan muka yang lebam namun dilihat tersenyum.

Lelaki itu, yang dikenali sebagai Philip Manshaus, berusia 21 tahun, muncul di mahkamah Oslo dengan dua matanya lebam dan luka di wajah, leher dan tangan, yang dipercayai diperoleh ketika dia dijatuhkan di masjid.

Polis mengatakan dia mempunyai “pandangan berhaluan kanan yang melampau” dan seorang “xenophobic”. Insiden Norway itu berlaku sewaktu serangan ketuanan kulit putih meningkat di seluruh dunia.

Manshaus disyaki membunuh adik tirinya berumur 17 tahun dan melakukan “aksi ganas” di masjid Al-Noor pada hari Sabtu, dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

Di Norway, ketika seseorang dinamakan suspek adalah satu langkah sebelum pendakwaan dijalankan.

Manshaus memasuki ruang mahkamah dengan tersenyum kepada kamera, memakai pakaian gelap dan rambutnya dipotong pendek.

Dia meminta untuk dibebaskan, kata peguamnya Unni Fries selepas pendengaran mahkamah itu.

“Dia menolak tuduhan itu dan melaksanakan haknya untuk tidak menerangkan dirinya,” kata peguam itu lagi. – AFP, 13 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen