KETUA agensi nuklear Rusia pada hari Isnin mengesahkan bahawa lima orang saintis terbunuh minggu lalu ketika menguji “senjata baru”.
Agensi itu bagaimanapun berikrar untuk meneruskan ujian sehingga “selesai” walaupun dilanda musibah tersebut.
Kemalangan itu berlaku di sebuah pusat tentera di pantai Laut Putih pada hari Khamis, namun pihak berkuasa Rusia hanya mengesahkan kemalangan itu pada hari Sabtu.
Letupan itu juga mencetuskan peningkatan tahap radiasi di kawasan terbabit.
Pakar AS mengatakan ia boleh dikaitkan dengan ujian peluru berpandu “Burevestnik”, yang diuar-uarkan oleh Presiden Vladimir Putin pada awal tahun ini.
Agensi nuklear kebangsaan Rosatom pada hari Isnin memberi penghormatan kepada lima kakitangannya yang terkorban.
“Yang terbaik dalam kenangan mereka akan menjadi menjajdi semangat bagi meneruskan kerja selanjutnya bagi senjata baharu kami,” kata ketua Rosatom Alexei Likhachev yang dipetik sebagai berkata oleh agensi tersebut.
“Kami sedang memenuhi tanggungjawab terhadap tanah air, agar keselamatannya terjamin,” katanya lagi. – AFP, 12 Ogos, 2019.
Komen