Dakwa Zakir sebar kebencian, NGO Hindu rancang lapor polis 


Ragananthini Vethasalam

Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik dikehendaki pihak berkuasa India berhubung dakwaan terlibat dengan keganasan dan pengubahan wang haram.– Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Ogos, 2019.

NGO Hindu merancang untuk membuat laporan polis terhadap pendakwah Zakir Naik kerana mendakwa beliau mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu Malaysia terhadap negara ini.

Penasihat Persatuan Agamam Ani Hindu Arun Doraisamy memberitahu The Malaysian Insight bahawa kumpulan itu akan membuat laporan tersebut beberapa hari lagi kerana mendakwa Zakir menyebarkan kebencian.

Kemarahan mereka adalah bermula berikutan ucapan pendakwah itu semasa lawatan ke Kelantan baru-baru ini apabila mengatakan bahawa umat Hindu Malaysia lebih setia terhadap Perdana Menteri India Narendra Modi dan bukan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad. 

“Kami benar-benar menolak kenyataan ini dan tindakan sedang diambil,” kata Arun.

“Sekali lagi kita katakan Zakir Naik tak layak tinggal di Malaysia,” katanya.

Arun juga mempersoalkan motif pendakwah kontroversi itu ketika membuat kenyataan sedemikian.

“Dia pergi ke Kelantan untuk apa? Untuk bagi pandangan politik atau untuk dakwah?,” soalnya lagi.

Aktivis itu juga turut mendakwa doktor yang kemudian menjadi pendakwah itu berniat untuk menyebarkan kebencian bukannya khutbah agama. – 12 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen