China kait protes Hong Kong dengan 'keganasan'


Kenyataan Yang tampil sehari selepas ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi menentang amaran daripada pihak berkuasa untuk tidak berkumpul di jalan raya bagi 10 minggu berturut-turut. – EPA pic, 11 Ogos, 2019.

CHINA hari ini mengecam peserta protes di Hong Kong yang bertindak membaling bom petrol ke arah pegawai polis di samping mengaitkan mereka dengan “keganasan”, ketika Beijing dilihat menguar-uarkan retorik menentang tunjuk perasaan kumpulan pro-demokrasi di hab kewangan antarabangsa.

“Para penunjuk perasaan radikal do Hong Kong berulang kali menggunakan alat berbahaya untuk menyerang pegawai polis, di mana ia merupakah jenayah kekerasan serius, dan ia juga menunjukkan tanda-tanda bahawa bibit-bibit aktiviti keganasan mula muncul,” kata Yang Guang yang merupakan jurucakap Jabatan Hal Ehwal Hong Kong dan Macau Majlis Negeri.

“Ini menggugat undang-undang Hong Kong dan ketenteraman sosial,” katanya pada taklimat media di Beijing.

Kenyataan Yang tampil sehari selepas ribuan penunjuk perasaan pro-demokrasi menentang amaran daripada pihak berkuasa untuk tidak berkumpul di jalan raya bagi 10 minggu berturut-turut.

Polis Hong Kong melepaskan gas pemedih mata pada hari Ahad terhadap penunjuk perasaan selepas enggan tunduk terhadap permintaan mereka untuk mendapatkan permit perhimpunan.

Sebaliknya, Yang memberi tumpuan kepada tingkah laku ganas “minoriti kecil”, yang disifatkan olehnya sebagai “cabaran serius terhadap kesejahteraan dan kestabilan Hong Kong.”

Krisis dua bulan, yang dicetuskan oleh pembangkang terhadap rancangan melaksanakan undang-undang ekstradisi, telah berubah menjadi gerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik dan membuang perkara yang menyekat kebebasan.

Bantahan besar-besaran itu merupakan ancaman terbesar kepada pengaruh Beijing di selatan China yang mempunyai kedaulatan semi-autonomi sejak Britain menyerahkan pulau itu tahun 1997 kepada kerajaan China. – AFP, 12 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen