SATU-SATUNYA lapangan terbang yang berfungsi di Libya diserang roket semalam, melanggar gencatan senjata sementara antara kerajaan perpaduan dan tentera setia yang setia kepada Khalifa Haftar, kata pihak berkuasa lapangan terbang.
“Lapangan Terbang Mitiga diserang pagi tadi, pada Hari Raya Aidiladha,” menurut kenyataan pengurusan lapangan terbang itu di Facebook semalam.
Kenyataan itu turut menyebut lalu lintas udara digantung sehingga perkara itu dimaklumkan kemudian. Beberapa foto menunjukkan kepulan asap di landasan dan pesawat juga dimuat naik.
Apri lalu, Khalifa melancarkan serangan untuk menawan ibu negara Libya tetapi berdepan tentangan sehingga buntu selama beberapa bulan di pinggir selatan Tripoli.
Pasukan Tentera Nasional Libya (LNA) dan Kerajaan Permuafakatan Kebangsaan (GNA) yang berpangkalan di Tripoli pada Sabtu mencapai kata sepakat untuk melaksanakan gencatan senjata sempena Aidiladha.
Semalam, satu kenyataan bersama dari Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Pernacis, Itali dan United Kingdom menyambut baik gencatan senjata itu. Kenyataan itu berkata mereka bersedia untuk membantu misi PBB memantau dan melawan sebarang usaha untuk melanggar gencatan.
Tetapi GNA menyalahkan tentera Khalifa atas serangan di lapangan terbang Mitiga dan satu lagi serangan di daerah Soug al-Jomaa di Tripoli. – AFP, 12 Ogos, 2019.
Komen