Miley Cyrus, Liam Hemsworth berpisah


Miley Cyrus dan Liam Hemsworth berkahwin pada Disember 2018 dalam satu majlis tertutup di kediaman mereka di Nashville, Tennessee. – Gambar EPA, 12 Ogos, 2019.

PELAKON dan penyanyi Amerika Syarikat (AS) Miley Cyrus dan suaminya pelakon Liam Hemsworth berpisah tidak sampai setahun berkahwin, lapor majalah People.

“Liam dan Miley setuju untuk berpisah. Mereka memutuskan ia keputusan terbaik sementara mereka menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing,” wakil Cyrus dipetik sebagai berkata.

Pihak pengurusan Cyrus tidak membri sebarang komen lanjut.

Menurut People, desas-desus mengenai perpisahan tersebut bertiup apabila Cyrus, 26, yang tersenarai sebagai selebriti paling berpengaruh di dunia hanya mengongsikan gambarnya yang tidak memakain cincin perkahwinan di Instagram.

Hubungan pasangan itu dilaporkan sudah lama bermasalah.

Mereka bertemu pada 2009 ketika pengggambaran filem “The Last Song.” Cyrus dan Hemsworth bertunang pada 2012 tetapi putus setahun kemudian.

Pasangan itu bertunang sekali lagi pada 2016.

Akhirnya, pada Disember 2018 Cyrus dan Hemsworth berkahwin dalam satu majlis tertutup di kediaman mereka di Nashville, Tennessee.

Bagaimanapun, menerusi wawancara dengan majalah Elle, Cyrus berkata belaiu tidak pasti dengan statusnya sebagai isteri dan menyifatkan ianya membingungkan.

Anak kepada pasangan penyanyi country Billy Ray Cyrus dan pelakon/penerbit Tish Cyrus, Miley terkenal melalui filem “Hannah Montana” dan sebagai juri dalam rancangan pertandingan menyanyi “The Voice”.

Beliau dinobatkan sebagai Artis Terbaik MTV 2013 dan pada tahun sama terpilih sebagai finalis bagi “Person of the Year” majalah Time. – AFP, 12 Ogos, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen