PIHAK berkuasa India dijangka meneruskan perintah berkurung di Kashmir sempena sambutan Harai Raya Aidiladha mulai hari ini.
Kashmir dikenakan perintah berkurung sejak Isnin lepas apabila kerajaan India membatalkan autonomi yang dinikmati wilayah itu dan menyerahkannya kembali dikawal penuh New Delhi.
Kawalan dipertingkatkan semula petang semalam ketika suasana tegang di Srinagar.
Pihak berkuasa bercadang untuk mengetatkan kawalan untuk menghalang sebarang himpunan besar sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha, kata pegawai polis di Srinagar.
“Orang ramai telah dimaklumkan mengenai situasi semasa dan diminta menyambut perayaan di kawasan kejiranan mereka,” kata Ketua Polis Srinagar, Dilbagh Singh.
Kira-kira 500 orang menyertai bantahan semalam. Pihak berkuasa India menegaskan tiada keganasan berlaku semasa bantahan. – AFP, 12 Ogos, 2019.
Komen