PIHAK berkuasa India semalam menggiatkan usaha menyelama tekoran angka kematian akibat banjir meningkat kepada 144 orang.
Kerala di selatan India yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antara yang teruk terjejas akibat banjir dengan mencatatkan 67 kematian.
“Sekurang-kurangnya 165,000 orang dipindahkan ke 1,318 pusat perlindungaan di 14 daerah,” kata seorang ketua polis Kerala.
Tambahnya, cuaca buruk dan infrastruktur yang terjejas menyukarkan usaha menyelamat.
Anggota pasukan kecemasan dan tentera dikerahkan untuk mencari dan menyelamat di seluruh negeri, katanya.
Banjir juga semakin buruk di Karnataka dan seramai 34 orang disahkan maut.
“Sekurang-kurangnya 14 orang masih hilang. Kami telah menyelamatkan kira-kira 480,000 orang, lebih 50,000 haiwan serta membina 1,100 pusat perlindungan menempatkan lebih 300,000 mangsa,” menurut kerajaan negeri Kerala. – AFP, 12 Ogos, 2019.
Komen