SUSPEK yang melepaskan tembakan di sebuah masjid berhampiran Oslo tidak memberi sebarang penjelasan mengenai tindakannya, kata polis pada hari Ahad.
Suspek yang memiliki pelbagai senjata, melepaskan tembakan di kawasan masjid, bagaimanapun seorang pengunjung masjid berjaya menjatuhkannya dan hanya mendapat “kecederaan kecil.”
Tidak beberapa lama selepas serangan pada hari Sabtu, tubuh seorang wanita muda yang yang mempunyai hubungan dengan suspek ditemui di sebuah rumah di pinggir bandar Baerum di mana kejadian itu berlaku.
Polis berkata mereka telah membuka siasatan pembunuhan bagi “kematian yang mencurigakan” tersebut.
Polis berkata mereka cuba bertanya kepada suspek, yang digambarkan sebagai “anak muda” dan memiliki “latar belakang Norway”. Namun suspek yang tinggal di sekitar kawasan itu tidak mahu “memberikan penjelasan kepada polis”.
“Dengan itu, beliau tidak mengambil sikap berhubung pertuduhan itu,” kata ketua operasi polis Rune Skjold dalam satu kenyataan di samping turut menambah bahawa sidang akhbar dijadualkan pada tengah hari ini.
Pada hari Sabtu, media Norway melaporkan bahawa suspek dipercayai telah menaikkan satu hantaran dalam sebuah forum atas talian beberapa jam sebelum serangan di mana dia seolah-olah memuji penyerang dalam serangan terhadap dua masjid di New Zealand pada bulan Mac menyebabkan 51 orang terbunuh. – AFP, 11 Ogos, 2019.
Komen